Kehidupan peribadi Mimifly

Mimifly merupakan anak jati Selangor yang membesar dan menghabiskan zaman persekolahannya di Petaling Jaya. Mimifly merupakan bekas murid di Sekolah Kebangsaan Sultan Alam Shah 1 (1993-1998) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta (1999-2003) sebelum meneruskan pengajian di Universiti Teknologi MARA, Kota Kinabalu, Sabah di dalam jurusan Sains Biologi.

Mimifly mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan. Mereka dibesarkan oleh ibu mereka, Puan Ramlah Jalee yang merupakan seorang ibu tunggal yang lahir tanpa sepasang kaki. Walaupun dilahirkan dengan kurang keupayaan tetapi Puan Ramlah Jalee tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk tidak berjaya. Kepentingan pelajaran tinggi telah diterapkan dalam mendidik Mimifly dan adik-beradiknya kerana ibu Mimifly merupakan seorang pemegang Sarjana Komunikasi dari sebuah Universiti di Amerika Syarikat dan merupakan seorang yang berpangkat tinggi sebelum beliau bersara. Berikutan kecekalannya itu, beliau diberikan Anugerah Ibu Gemilang bagi Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Kebangsaan 2018.[4][5]

Bapa Mimi, Norhisham Nasir meninggal dunia pada 28 Mei 2015 akibat kanser hati dan pendarahan di perut.[6]

Beliau berkahwin dengan Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015.[7][8] Pasangan ini memfailkan perceraian pada November 2017.[9]

Mimi juga ialah peminat setia penyanyi Yuna dalam satu temubual di Harian Metro: "Siapa yang tidak mahu menjadi seperti dia dan saya tidak setakat mengagumi Yuna, malah menjadi peminatnya. Walaupun usia kami sebaya, namun saya berbangga untuk mengakui bahawa saya adalah peminat setia Yuna".[10]